Halaman - Halaman Untuk Anda Layari.

Shanis2u Product



Info Pengenalan  : 
Shanis2u Beauty Product merupakan jenama rasmi syarikat kami yang menjual berbagai rangkaian produk - produk kesihatan,kecantikan,pakaian,minyak wangi,handbag,wallet,jam tanggan dan yang terbaru adalah usahasama bersama syarikat EA CAKE HOUSE bagi memasarkan homemad cake dan biscut yang di keluarkan oleh syarikat tersebut. Produk utama yang dikeluarkan ialah produk krim malam berkaitan penjagaan wajah yang sehingga kini mendapat sambutan yang sangat baik di gunakan untuk permpuan dan lelaki.

Shanis2u Beauty Product mendapat sokongan yang baik dari pelanggan – pelanggan kami yang telah berurusan dengan kami . Selain jualan dan edaran, kami juga menawarkan khidmat nasihat dan rundingcara kepada para pelanggan dan pengguna berkaitan dengan produk, kelebihan, kesesuaian dan tips-tips penjagaan kesihatan dan kecantikan.

FTA TRADING GROUP

Info Pengenalan :
Syarikat FTA TRADING SDN BHD merupakan syarikat terdahulu yang di kenali sebagai FT Auto Services yang banyak menjalankan perniagaan jual beli kereta baru dan terpakai,serta menyediakan khidmat sewa kenderaan.Apa bila keadaan semakin berkembangan dengan pesat arus perniagaan yang syarikat ini ceburi dan tempahan berkaitan perkhidmataan tenaga kerja semakin merunching di negara kita maka tercetus lah syarikat FTA TRADING SDN BHD. 


EA CAKE HOUSE 


 

Info Pengenalan :
EA Sweet Moment Cake House merupakan salah satu syarikat yang perlu kita memberi galakan buat beliau,kerana dengan keazaman yang di miliki amat tinggi sekali oleh beliau kerana dengan ketekunan beliau membuat  homemad cake dan biscut .Jadi marilah kita membantu beliau bagi mengembangkan lagi usaha syarikat ini.


IPOH LAY CHEE KANG

     

Info Pengenalan : 
Syarikat yang di usahakan oleh D'AMRA TREE ini amat menakjubkan sekali,kerana usaha beliau selama ini ternyata berhasil.Jadi sesiapa yang ingin memasarkan product's Ipoh Lay Chee Kang ini jangan tunggu lagi,keluaran 100% bumiputra. Kepakaran kami ialah untuk membantu pemilik restoran dan gerai di Malaysia untuk menjana pendapatan dengan cara paling mudah dan cepat untuk menyediakan Ipoh Lay Chee Kang dengan formula & kualiti yang terbaik disamping mengekalkan keaslian dalam tempoh 5 saat sahaja.Sebagai makluman, Lay Chee Kang adalah sejenis minuman kegemaran rakyat Malaysia terutama di kalangan masyarakat Cina. Sejak berzaman, minuman ini popular sebagai menu yang bukan sahaja enak malah baik untuk kesihatan. Ipoh Lay Chee Kang diperbuat dengan bahan semulajadi.Ipoh Lay Chee Kang adalah keluaran yang halal, bersih dan mempunyai ramuan rahsia yang terkandung dalam pati. Kombinasi herba-herba rahsia inilah menghasilkan rasa yang enak dan menjamin kualiti Ipoh Lay Chee Kang.
Lebih istimewa dengan hanya menikmati semangkuk Ipoh Lay Chee Kang, pelanggan mendapat manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kerana bahan produk ini mengandungi kolagen semulajadi.

GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE 

Info Pengenalan : 
Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.


Program Pembangunan Francais



Info Pengenalan :
Bahagian Francais dan Vendor telah diwujudkan pada 8 Mei 1999 serentak dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam. Bahagian ini mempunyai dua unit iaitu Unit Francais dan Unit Vendor. Unit Francais (Program Pembangunan Francais) merupakan unit yang dipindahkan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Sementara Unit Vendor (Program Pembangunan Vendor) pula adalah dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Perpindahan kedua-dua program tersebut adalah selaras dengan tujuan penubuhan MECD untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Kursus CIDB



Info Pengenalan :

Kepada usahawan-usahawan yang ingin menceburi berbagai bidang yang di anjurkan oleh CIDB sila layari Web CIDB.Di sini anda boleh mengetahui apakah bidang yang anda ingin ceburi.

Pembiayaan Perniagaan PUNB





Info Pengenalan :

PUNB sentiasa komited untuk membantu usahawan memantapkan pengetahuan semasa dalam perniagaan melalui program latihan keusahawanan, seminar dan aktiviti jaringan perniagaan. Sila lihat Jadual Latihan yang disediakan untuk mengetahui program terkini PUNB jika anda berminat untuk menghadiri mana-mana program anjuran PUNB.Bagi memangku visi, misi dan objektif kami, PUNB telah menggariskan Piagam Khidmat Pelanggan bagi memandu setiap pekerja ke arah mencapai tahap kecermelangan dalam perkhidmatan pelanggan. Piagam ini telah dihasilkan dari konsultasi dengan pelbagai jabatan dan kami percaya ianya akan menempatkan anda pada teras penyampaian perkhidmatan kami dalam memberi khidmat terbaik kepada setiap pelanggan.

Janji Kami :


  • Pantas dalam setiap tindakan
  • Bersikap adil pada semua pengadilan dan keputusan
  • Memastikan capaian kepada setiap maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan
  • Mematuhi undang-undang, polisi, syarat dan peraturan Malaysia

Perkhidmatan Kami :

  • Kami akan sentiasa bersikap mesra, senang didekati, profesional, beretika serta komersial
  • Kami akan sentiasa memberi respon secara efisien kepada permintaan perkhidmatan dan pertanyaan
  • Kami akan sentiasa menjalankan tugas yang dimandatkan kepada kami dengan ikhlas, jujur dan integriti
  • Kami akan sentiasa bantu dalam membangunkan komuniti Bumiputera melalui keusahawanan

Pengurusan Permohonan, Pelepasan dan Pembayaran :

  • Proses Permohonan: dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh penerimaan pelan perniagaan
  • Pelepasan Pembiayaan: dalam masa 45 hari bekerja (selepas diluluskan)
  • Pembayaran kepada Pembekal: dalam masa 30 hari selepas penerimaan invois

Kesungguhan Kami :

  • Adalah tanggungjawab kami untuk mengalukan kehadiran lawatan anda samada di pejabat atau di tapak pameran pada setiap masa
  • Janji temu dengan anda adalah keutamaan kami. 
  • Untuk setiap janji temu yang dibuat, setiap pegawai kami akan sentiasa menepati masa untuk berjumpa dengan anda
  • Sekiranya sebarang sistem kami tergendala atas sebarang akibat teknikal, kami akan cuba sedaya upaya untuk ianya dikembalikan secepat mungkin demi memastikan perniagaan dapat diteruskan dengan lancar seperti sediakala



Pusat Khidmat Kontraktor,Kementerian Kerja Raya Malaysia

Info Pengenalan :
KHIDMAT NASIHAT

Tujuan : -


Tujuan PKK dalam memberi khidmat nasihat adalah untuk membantu kontraktor Bumiputera dalam beberapa aspek yang mana kontraktor Bumiputera menghadapi masalah semasa melaksanakan projek Kerajaan. Secara amnya masalah-masalah adalah dari segi pengalaman, pengurusan, kedudukan kewangan, pengetahuan teknikal disamping masalah luaran. Khidmat nasihat hanya diberikan kepada kontraktor Bumiputera yang menjalankan projek-projek dengan Agensi/Jabatan Kerajaan yang tidak mempunyai unit khas untuk menjaga kepentingan kontraktor Bumiputera.
Masalah-Masalah Kontraktor : -

Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh kontraktor meliputi perkara seperti berikut :-

  • Masalah Berpunca Dari Kontraktorelemahan pengurusan Kelemahan teknikal
  • Masalah pengurusan kewangan
  • Masalah bahan binaan
  • Masalah LuaranMasalah pembekalan bahan binaan
  • Masalah dengan Jabatan/Agensi Kerajaan
  • Masalah mendapatkan pekerja
  • Masalah dengan penduduk tempatan
Bidang Khidmat Nasihat :-

Bidang-bidang khidmat nasihat yang ditawarkan oleh PKK adalah seperti berikut :-
Bidang Kejuruteraan :-
  • Memberi nasihat mengenai melaksanakan kerja dengan betul.
  • Membantu kontraktor dalam memahami pelan dan spesifikasi.
  • Menyelesaikan masalah teknikal di tapak bina.
  • Membantu untuk merancangkan pelaksanaan projek.
  • Membantu dalam penggunaan bahan yang sesuai.
Bidang Kontraktual :-
  • Membantu dalam hal-hal prosedur kontraktor Kerajaan.
  • Membantu kontraktor untuk memahami syarat-syarat kontraktor.
  • Membantu kontraktor dalam hal-hal tuntutan kewangan dan lanjutan masa.
  • Membantu kontraktor dalam hal-hal mengenai harga barang dan kerja.
Bidang Bukan Teknikal : -

  • Menyediakan senarai maklumat mengenai institusi-institusi kewangan Kerajaan dan swasta bagi kegunaan kontraktor. 
  • Membantu mempercepatkan proses permohonan kewangan dari kontraktor dengan cara membekal maklumat-maklumat mengenai kontraktor yang membuat permohonan.
  • Menyediakan senarai pembekal, pengilang bahan-bahan binaan bagi kegunaan kontraktor.
  • Bertindak sebagai pihak perantaraan antara kontraktor dan agensi Kerajaan sekiranya terdapat masalah yang dihadapi oleh kontraktor yang mana agensi tersebut tidak mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut ataupun terdapat unsur ketidakadilan yang diamalkan oleh agensi Kerajaan tersebut dalam hal-hal pelaksanaan kerja.
  • Membantu kontraktor untuk mendapatkan pekerja-pekerja mahir sekiranya diminta oleh kontraktor.
  • Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pihak-pihak Berkuasa Tempatan.
  • Membantu kontraktor kecil yang dilantik dalam mendapatkan bayaran-bayaran kemajuan dari kontraktor utama.
  • Bagi kontraktor yang kurang berpengetahuan teknikal, PKK ada menyediakan senarai-senarai kursus-kursus dan latihan-latihan yang dikendalikan oleh Agensi-agensi Kerajaan untuk disertai oleh kontraktor. PKK boleh membantu kontraktor untuk mendapatkan tempat bagi menyertai kursus-kursus/latihan berkenaan.

PINJAMAN PERNIAGAAN SME BANK

Info Pengenalan :
Ditubuhkan dengan fungsi utama sebagai pusat sehenti kewangan dan pembangunan perniagaan, SME Bank Malaysia didedikasikan untuk meningkatkan pertumbuhan PKS di Malaysia. Melalui segmen yang lebih baik menerusi industri, tahap pertumbuhan dan potensi produk serta pasaran sama ada dari segi keperluan kewangan dan bukan kewangan, SME Bank bertekad untuk menyegerakan proses pinjaman bagi memenuhi keperluan kewangan serta menyokong kehendak pembangunan perniagaan melalui persediaan khidmat nasihat yang tepat pada masanya.

Aktiviti utama Bank adalah untuk menawarkan tempoh bayaran balik pinjaman yang lebih panjang, kadar faedah yang rendah, mengukuhkan pembiayaan serta memberi khidmat nasihat perniagaan yang inovatif kepada PKS Malaysia yang berada di dalam definasi kategori yang telah dirangkakan di dalam panduan klasifikasi PKS oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan.

Pembiayaan Perniagaan Mikro : -

Jika anda baru memulakan atau sedang menjalankan perniagaan mikro dan memerlukan modal kerja, SME Bank mungkin dapat membantu memajukan perniagaan anda dan memberikan pembiayaan serta sokongan bimbingan perniagaan. Dalam kategori PKS ini, pihak kementerian dan agensi Kerajaan telah mewujudkan skim khas untuk mempromosikan bidang keusahawanan diseluruh sektor sasaran. Sekiranya kami tidak mempunyai program atau dana yang bersesuaian dengan keperluan anda, kami akan memperkenalkan anda kepada rakan kongsi strategik kami bagi memastikan anda mendapat nasihat yang tepat dan menyeluruh mengenai perniagaan mikro anda.

Produk Kewangan : -

Untuk perniagaan bersaiz mikro, kami menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan konvensional dan Syariah yang merangkumi :

  • Modal Kerja untuk pembelian bahan mentah, overhed dan kos pra-operasi.
  • Pinjaman Berjangka, Sewa Beli dan Kemudahan Pajakan untuk pemerolehan aset (contoh - perabot/perkakas, komputer, mesin, peralatan dan kenderaan).
  • Khidmat Nasihat tentang persiapan pelan perniagaan yang boleh diketengahkan, penyimpanan kira-kira dan pengurusan aliran tunai.

Kadar faedah (atau kadar keuntungan untuk pinjaman Syariah) ditawarkan di antara 3.75% hingga 7.5% bergantung kepada sumber dana. Kami menawarkan margin pembiayaan yang menarik iaitu diantara 50% hingga 90%. Ini juga bergantung kepada sumber dana dan jenis pembiayaan aset.

Program-Program Khusus Mikro :-

Produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh SME Bank kepada usahawan mikro adalah pelbagai dan kesemua ini disalurkan menerusi program istimewa seperti:

Tabung Usahawan Siswazah (TUS)

Skim khusus ini menggalakkan graduan universiti untuk terlibat dalam bidang keusahawanan. Skim ini turut melibatkan satu Program Inkubator Usahawan Siswazah (PIUS) untuk menyokong perancangan perniagaan dan keperluan pengetahuan para usahawan baru ini.

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)

Dibiayai oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, program ini menawarkan para usahawan Bumiputera pembiayaan untuk perniagaan kecil di kawasan luar bandar.

Skim Modal Asas (SMA)

Program ini adalah untuk memupuk sifat keusahawan bagi mereka yang terlibat di dalam industri batik dan kraf nasional. Menawarkan kemudahan kredit dari RM20,000 hingga RM250,000.

Program-program Mikro Lain Secara Usaha Sama Dengan Agensi-agensi Lain

SME Bank juga bekerja sama dengan rakan niaga lain dari dalam dan luar negara yang telah pun terbabit dalam pembiayaan PKS dan pembangunan untuk menyokong pembangunan perniagaan mikro. Program Perkongsian Mikro memastikan agar perniagaan mikro diberikan sokongan efektif oleh organisasi berlainan yang memberikan perkhidmatan kepada perniagaan yang baru membangun.

Pembiayaan Perniagaan Kecil :-

Tidak kira apa jua fokus perniagaan tersebut, mahupun sektor pembuatan ataupun perkhidmatan, SME Bank bersedia membantu mengembangkan dan memberikan pembiayaan serta keperluan pembangunan perniagaan anda. Kami menawarkan:

  • Kelulusan yang cepat bagi pinjaman di bawah RM250,000.
  • Pinjaman serendah RM20,000 bagi program khusus.
  • Kadar faedah (atau marjin keuntungan bagi produk Syariah) di antara 3.75% dan 7.5% bergantung kepada sumber dana.
  • Marjin pembiayaan yang menguntungkan sehingga 90% (bergantung kepada jenis kemudahan dan aset yang dibiayai).
  • Tempoh pinjaman yang lebih panjang.

Untuk perniagaan bersaiz kecil, kami menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan konvensional dan Syariah yang merangkumi :

  • Modal Kerja untuk pembelian bahan mentah, overhead dan pra-operasi.
  • Modal Kerja Berputar untuk pembiayaan berkontrak.
  • Pinjaman Berjangka/Kemudahan Pajakan/Sewa Beli Perindustrian untuk pemerolehan aset (kilang, bangunan, perabot / perkakas, komputer, mesin & peralatan dan kenderaan).
  • Jaminan Bank.
  • Pembiayaan Saham/Pinjaman Pembiayaan Stok.

Pembiayaan Perniagaan Sederhana : -

Sebagai sebuah perniagaan bersaiz sederhana yang sedang berkembang, mungkin wujud keinginan untuk mengembangkan pengeluaran atau memasarkan produk dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa. SME Bank dan rangkaian rakan kongsi strategik dapat membantu mengembangkan perniagaan anda. Kami menawarkan:

  • Kelulusan yang cepat bagi pinjaman dibawah RM250,000.
  • Pinjaman serendah RM20,000 bagi program khusus.
  • Kadar faedah (atau marjin keuntungan bagi produk Syariah) diantara 3.75% dan 7.5% bergantung kepada sumber dana.
  • Marjin pembiayaan yang menguntungkan sehingga 90% (bergantung kepada jenis kemudahan dan aset yang dibiayai).
  • Tempoh pinjaman yang lebih panjang.

Untuk perniagaan bersaiz sederhana, kami menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan konvensional dan Syariah yang merangkumi :

  • Modal Kerja untuk pembelian bahan mentah, overhed dan pra-operasi.
  • Modal Kerja Berputar.
  • Pembiayaan Kontrak.
  • Pinjaman Berjangka, Sewabeli dan Kemudahan Pajakan untuk peme.rolehan aset (kilang, tanah, bangunan, loji dan mesin, peralatan dan kenderaan).
  • Jaminan Bank.
  • Pembiayaan Saham/Pinjaman Pembiayaan Stok.


No comments: