Profil

Pengenalan

S hanis Beauty Product merupakan jenama rasmi syarikat kami yang menjual berbagai rangkaian  produk - produk kesihatan,kecantikan,pakaian,minyak wangi,handbag,wallet,jam tanggan,homemad cake & biscut yang di buat oleh EA CAKE HOUSE kami hanya memasarkan dan projeck terbaru adalah bersama syarikat FTA Trading Sdn Bhd untuk mempelajari sedalam pernaigaan terbaru yang memajukan lagi perniagaan syarikat kami.Produk utama yang dikeluarkan ialah produk krim malam berkaitan penjagaan wajah yang sehingga kini mendapat sambutan yang sangat baik di gunakan untuk permpuan dan lelaki.

S hanis Beauty Product mendapat sokongan yang baik dari pelanggan – pelanggan kami yang telah berurusan dengan kami . Selain jualan dan edaran, kami juga menawarkan khidmat nasihat dan rundingcara kepada para pelanggan dan pengguna berkaitan dengan produk, kelebihan, kesesuaian dan tips-tips penjagaan kesihatan dan kecantikan. 

Info Syarikat

S hanis Beauty Product diasaskan oleh Puan Mussah Intan ( Puan Hanis ) dalam tahun 2006 dan merupakan syarikat milik penuh Bumiputra dengan persijilan dan pengiktirafan yang sah dari pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dalam bidang industri yang diceburi.

S hanis Beauty Product didokong oleh saya dan kumpulan pengurusan dan kakitangan yang komited, bertanggungjawab, berdaya saing dan sentiasa bersedia untuk menjayakan misi dan visi syarikat. Kepelbagaian latarbelakang, kemahiran dan pengalaman menjadikan kami sebuah kumpulan yang dinamik dalam membawa syarikat berada ke tahapnya pada hari ini.

S hanis Beauty Product beribupejabat di Kuala Lumpur dan memiliki wakil – wakil jualan cawagan di Perak,Melaka,Johor Bahru,Penang dan Pahang.Dan kami juga dalam usaha untuk kembangkan lagi cawagan wakil – wakil jualan kami keseluruh semenajung Malaysia.

Info Pengarah

Nadi utama S hanis Beauty Product adalah gandingan dinamik pasangan pengarah yang membentuk persefahaman jitu dalam memimpin perkembangan syarikat.

Puan Mussah Intan Pensigan ( Puan Hanis )
Pengasas / Pengarah Urusan & Pelaburan


Puan Mussah Intan ( Puan Hanis ) merupakan ahli perniagaan yang tidak asing dalam industri peruncitan dan pemasaran produk - produk kesihatan dan kecantikan. Dengan pengalaman dan penglibatan aktif selama lebih 20 tahun, beliau adalah perancang utama syarikat yang bertanggungjawab mengenalpasti keperluan pasaran.

Selama tempoh penglibatan beliau dalam perniagaan, beliau telah membantu menaikkan ramai usahawan kecil dan menggilap perunding-perunding muda khususnya dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan dalam industri yang diceburinya. 

Berperwatakan sederhana, tegas, dan sentiasa bersemangat dalam hal-hal yang diberi fokus, ibu kepada 3 orang anak ini telah ditauliahkan Perniaga Berjaya dalam bidang Pengurusan Perniagaan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia  yang kini dikenali dalam sengkatan  sebagai ( AIM )  dalam tahun 2010. Dalam mengembangkan perniagaannya ke peringkat Semenajung Malaysia  serta meneroka bidang-bidang baru, beliau berimpian untuk membantu melahir dan menaikkan lebih ramai usahawan wanita yang kental dan berdaya maju.

Faisal Ahmad Yeob Hanis ( Faisal Ahmad Y.H )
Pengarah Operasi & Pembangunan

Faisal Ahmad Yeob Hanis ( Faisal Ahamd Y.H ) merupakan pelengkap kepada kekuatan perancangan dan strategi syarikat. Beliau merupakan kunci kepada kelicinan dan keberkesanan operasi syarikat. Dengan pengalaman lebih 9 tahun dalam pengurusan dan pemasaran bidang peruncitan, perkhidmatan dan pengedaran, beliau memiliki idea yang dinamik serta daya pemikiran yang kritis dalam membantu merencanakan perjalanan syarikat.

Walaupun beliau tiada kelulusan daripada mana-mana yang bertauliah tetapi usaha dan kerajiana beliau amat di bangakan syarikat ,beliau memiliki kekuatan dalam membina rangkaian sokongan kepada operasi syarikat. Beliau juga bertanggungjawab dalam membantu pengurusan kewangan yang berkesan serta memastikan keberkesanan pelaburan.

Seorang yang komited, tegas, bertanggungjawab dan responsif, beliau merupakan penggerak kepada perlaksanaan perancangan syarikat, kajian dan pembangunan, dan pencapaian produktiviti. Misi utama beliau adalah untuk menyediakan sebuah pasukan yang kental dan berdaya saing dalam menjayakan setiap perancangan dan penerokaan perniagaan.




No comments: